Archive for March, 2009

31
Mar
09

1st Putrajaya Hot Air Balloon Festival 2009

mira tido atas bahu papa...


selalu macam ni…

event dah lama habes..baru la blog ni di update…huhu..

salahkan papa mira..

bz sgt.


mama cuma tau taip aje…hehe…


ok.

kali ni nak citer tentang 1st Putrajaya Hot Air Balloon Festival 2009.

event ni first time buat kat Putrajaya..sambutan meriah yang amat..

ia berlangsung dari 20-23 march 2009.

kali ni kitorg pergi dgn adik papa…


nak wat camana..kete kat workshop lagi (setelah peristiwa enchek lembu)

isk….isk…

belon badut...

belon2 baru di panaskan...

pagi sabtu tu papa mira pergi opening ceremony, dgn group2 photographer nya…

kitorg pergi ptg…sbb pagi n tghr takde apa sgt…

just VVIP n VIP je yg dapat naik..

tiket untuk public naik balloon tu pd sebelah ptg, dibuka utk dijual pd public pd pukul 7 am.

tapii…7 15 am dah habes…!

ape kes..!


apa2 pun..dapat tgk pun jadila…

tapi Ya Allah….

ramainya umat…!


maklumla..sume jakun ngan belon terbang…

termasukla kitorg…

hahaha…


layannn…zasss….

masih tak cukup panas...

topi katak yg comel....

belon2 dah terbang..bestnya kalo dapat naik...

belon dah terbang..mira tido lagi..

rayyan tak berkelip tgk belon2 terbang....

seronoknya rayyan...

terbang tinggi....

19
Mar
09

anak papa..? anak mama..?

lama dah tak bukak look-alike-meter ni since last entry on Wednesday, 16-Jul-2008 06:54 :: after 10 months.. kat nafeez


last time masa mira 10 months old, she looks alike papa by 16%… (ye ke..?)

now kita tgk brape percent pulak mira at 1 year and 6 month..

exactly today..!


n also how much does rayyan resembles his mama or his papa…


this look-alike-meter just suka2 je…ntah betul ntah tak…

layannn….

zassss…

mira_equal

rayyan_8-percent

17
Mar
09

enchek lembu.

ini adalah cerita benar.

ade kaitan dengan yang masih hidup dan dengan yang telah mati.


ok.


ceritanya bermula begini.

setelah habes majlis kat rumah abg jatt (previous entry) dalam pukul 5 ptgkitorang pun bersiap2 utk balik ke KL…esok keje maa..

tp disebabkan ade beberapa keadaan yg tak mengizinkan, maka bertolak la kitorang dlm pukul 11 mlm…walau hakikat perancangannya utk gerak before 9 mlm…

takpela..

dari kuala terengganu, hujan renyai2..pastu setelah setengah jam perjalanan, hujan turun membasahi bumi dengan sangat lebat…sehinggalah ke kemaman…(k.trg – kemaman: dlm lbh krg 2 jam perjalanan)

papa dalam keadaan segar dan fully alert.

sume org dah tdo dlm kete..kali ni blk ke kL bersama2 dgn kitorang ialah adik mama n adik papa…

(adik papa akan turun kat UIA gombak..adik mama akan turun kat UiTM shah alam..)

“truut..truut…” (bunyi ringtone sbenarnya..tp tak ingat lagu ape..)

ssepupu papa (bkn yg kawen tu) call..die bgtau ade air melintas / air naik kat jalan..sebelah dgn api besar kat pusat pemprosesan gas di kerteh

wokeh..roger n out..

n as informed..memang air naik..tp still boleh lalu..tapi kena slow2..tp kalo orang yg taktau mengenai ewujudan air tu, sure redah dgn kasar n laju..psl kawasan tu gelap..n ia boleh menyumbangkan kepada pemberhentian fungsi enjin…

lucky for us.alhamdulillah..thanks jan (sepupu papa)


okeh.mari kita teruskan perjalanan…

since hujan still lebat…n renyai selepas kemaman…papa sentiasa alert n caautios kalo2 ade lagi fenomena yg sama…kelajuan kereta sgt konsisten – 90km/j.

then kitorang asampai kat sg.ular, cherating…iini adalah bypass utk masuk ke highway LPT – Lebuhraya Pantai Timur melalui exit Jabor.

semasa kat atas bypass sg ular ni…papa terbau something yg kurang enak pada sistem pernafasannya…


“bau apekah ini..?”


mama terjaga dari tdo..

“papa, rasanya rayyan berak ni..next hentian lps masuk LPT kita stop kejap…”


okla.patutla bau semacam je..

rayyan nih…


then..ttiba papa rasa pening2..rasa macam loya kat tekak..rasa nak muntah…

“eh..ni bau cam hanyir..cam bau darah..”


ahh…perasaan je nih…maybe psl byk makan gulai daging kat rumah abg jatt before blk tadi…


ok.


kita masuk LPT.

semasa melalui Hentian Sebelah Kuantan, kitorang tak berhenti pun..psl kesian rayyan tdo..malas nak kejut..maybe next hentian la kot stop kejap.


baiklah.ceritanya bermula di sini.


mase tu di kilometer 226.3 arah kuantan ke kL.

pukul 2.25 pagi. 16 mac 2009.


papa dlm keadaan segar..

papa layan lagu kat Hot.fm

hujan renyai..(tp bila kita drive, hujan nampak mcm lebat..)

kelajuan hanya 100 km/j.

konsisten.

berada di lorong kiri (lorong utk kete2 slow…).


tiba2…


zuupppp…….!

“laju gile bmw nih…200km/j kot…”


then…eh..bwm tu seakan2 mengelak something…

then………….


papa nampak beliau.

papa nampak beliau berdiri di lorong papa.

papa tekan brek.

kereta masih bergerak. jalan licin.

dan….tanpa amaran mahupun bunyian dari mulut beliau…….


BAMMM..!!!!


oh…!!

tidak..!


papa telah melanggar seekor enchek lembu yang agak besar yang berwarna kuning ke-oren2-ngan….!!!


ahh..sudah..!


semua orang terjaga..

mira n rayyan nangis psl terkejut.

mama, adik mama dan adik papa terkedu n blur


kereta akhirnya stop.

selepas 100 meter dari tempat pertemuan.


papa cuba gerakkan kereta ke emergency lane di kiri..

kereta berasap..

cermin depan pecah..melengkung ke dalam..tapi tak berderai.maybe sebab tinted / treated glass…

bumbung atas kemek..juga melengkung ke bawah..


papa rileks kejap..

tenangkan keadaan…mira n rayyan masih menangisterkejut.

semua orang selamat..tiada kecederaan..just dahi mama je sakit.terhantuk ke head-rest seat papa…

then after 20 / 30 minit.. mira n rayyan dah stop menangis…


papa amik payung..keluar kereta..

pihak MTD PRIME (penyelenggara highway LPT) dah ade kat sebrang jalan…then pajero polis peronda tiba..diorang cross jalan..cek keadaan kitorg..letak skittle n signal light…polis pergi kat mangsa kemalangan iaitu Enchek Lembu, yang telah meninggal dunia itu dan letak skittle berlampu utk alert pemandu2 lain…nasib baik semase penghentaman berlaku tiada kenderaan lain di belakang…


dlm kereta panas.

aircond dah habis.radiator pecah.bateri dah habis.

maka berpanas la summer org dlm kete. papa cuba bukak tingkap kete sekadar mampu dibukak n berdiri la papa kesejukan di luar kereta..


menggigil…


ok.

dah penatla  menaip.

kita pendekkan citer.


pihak MTD tow kete kitorang ke tol yang terdekat di hadapan iaitu tol exit Gambang.


then…

dugaan lagi.


berlaku pula satu kejadian mistik….!

jeng..jeng..jeng…!


kereta sedang ditunda.kitorang kat dlm terjungkit ke atas dan ke hadapan.

rayyan dah tido di pangkuan adik mama.


tiba-tiba mira menangis.


“tu..tu….! “

“nak..nak…!”


sambil menangis2 dan sambil tunjuk2 kat cermin depan yang pecah dan melengkung ke dalam dan dipenuhi darah2 dan tah*2 lembu di bahagian luarnya…


ahh…sudah…


papa cuba bagi apa2 aje yg ade kat dashboard.

nanak..!! (tak nak)

“tu..tu…….!!!!“


papa ambil botol air mineralSpritzer.


papa baca Yasin.

papa baca Al-Ikhlas.

papa baca Ayat Qursi.


mama sapukan pada muka mira.

alhamdulillah. mira tenang. dan stop menangis.


tak sampai 10 minit.

“tu..tu….! “

“nak..nak…!”


dan berterusan sehinggalah 10 minit kemudian.

air mineralSpritzer sudah tidak membawa kesan apa2..


slps tol gambang.


kitorang stop kat surau selepas tol.

semua turun dan masuk ke surau.

barang2 pun angkut sekali.


dan akhirnya mira tenang sepenuhnya.

terus excited..lompat2, gelak2 n main2 dgn adik mama n adik papa…


huh.

seram kejap.


then..sepupu papa, jan, patah balik..walhal jarak diorang dgn kitorang adlah dlm selang 45 minit jarak masa perjalanan.sian jan…

sementara tunggu jan sampai, papa tumpang mamat tow a.k.a seorang pemilik bengkel di kuantan ke balai polis gambang. buat report.mase tu dah pukul 345 pagi.

dengan kelajuan menaip enchek polis itu, report selesai direkodkan pada pukul 6 pagi..!

ape2 ajela enchek polis…


jan sampai.barang2 angkut masuk gen2 jan.then bersempit dan berpadat la kitorang berempat di belakang, bersama barang2 yg diriba psl boot tak muat dah.


aduyaiii.


then sampai gombak, adik papa turun..

lega.

then sampai shah alam, adik mama turun..

lega.

then sampai putrajaya, kitorang turun.

lega.

then hantar mira n rayyan ke rumah babysitter diorang..

lega.

then papa n mama angkat barang masuk rumah…

lega.

then papa n mama tdo.

legaaaaaaa….!!!!!


maka,

begitula kisahnya tentang Enchek Lembu.

hood depan terkopak at both sides..

hood n cermin depan melengkung..

cermin depan melengkung ke dalam..

cermin depan melungkung ke dalam..tapi tak pecah sebab treated / tinted glass...

17
Mar
09

cousin papa kawen…

kitorg gerak dlm pukul 130 am,pagi sabtu, dari kL utk pulang ke kampung di terengganu..

terpaksa gerak lewat sbb menunggu papa setel keje2nya…

gerak dari putrajaya dgn adik2 (2 orang) mama yg tumpang balik sekali..


alkisahnya..sepupu papa iaitu abg jatt akan berkahwin pd pukul 10 pg esoknya (sabtu-140309)

perjalanan pulang tak ada masalah sgt...mira n rayyan pun tido aje..

jalan pun ok…tak bz…yela pagi2….

cuaca pn ok..just hujan skit kat cherating selepas keluar hi-way LPT…


sampai umah ma mama dlm pukul 8 pagi..

papa tdo jap..mama gosok baju2..

dlm kul 10 terus gerak ke rumah abg jatt…konvoi beramai2 (-+ 20 kete..!) ke rumah pengantin perempuan yg berjarak dlm setengah jam perjalanan…

rayyan tinggal ngan nenek..psl takut dia rimas ngan majlis…

mama tinggalkan susu utk rayyan..tapi sikit aje…

harap2 sempatla balik before rayyan lapar..


kita pendekkan citer ini.


lepas akad nikah kat masjid.semua org ke rumah pengantin perempuan plk..utk majlis resepsi 1…

nak di jadikan ceritanya…ma mama call..

rayyan dah bangun..dah mandi..n dah lapar balik..!


oh no..!


nak tak nak, papa u-turn balik..nasi kenduri pun tak sempat nak makan…

sampai umah ma.. rayyan nangis ala2 ngajuk2…

sian anak papa n mama ni..ishh…


sebelah malam plk, kitorg ke rumah pengantin lelaki..

lepak2 sambil tolong2 apa yg patut..

lps tu blk tdo rumah abah papa..


keesokkan hari.


dlm pukul 11 pagi, kitorg ke rumah abg jatt utk majlis resepsi ke 2 pulak..

cuaca agak kurang menarik…hujan renyai2..pastu lebat..pastu renyai2..pastu clear..pastu lebat balik..pastu renyai2..

camtu je la dari pagi sampai ptg..

tapi majlis tetap on n meriah..makanan sgt2 best…ada nasi minyak…air sirap..n cendol..!

huhu…actually abg jatt ni buat catering..so, makanan adalah bukan isu..huhu…


mira n rayyan sgt baik sepanjang majlis..

cuma bila dah sampai time utk tdo, rayyan agak gelisah n tak selesa..yela..kat majlis kawen..suasana hingar bingar..tapi dah mengantuk punya psl..layannn…zasss..

mira seperti biasa tak pedulikan alam sekeliling..mau tdo kalu,tdo saja..

abg jatt (pengantin lelaki) n mastura (pengantin perempuan)

uncle wan, untie yah, untie jie (adik2 papa)

rayyan

rayyan n mama

papa n rayyan

mama n rayyan

mira

mira

mira

mira

mira

papa n mira

papa n mira


11
Mar
09

What the Hollywood stars think about Muslims and Jews

lakonan2 pelakon2 hollywood ni best…(bollywood malas la nak citer..)

kalo nak compare dgn pelakon2 kat Malaysia ni..

pelakon2 malaysia,


HAMPEH.

OUT.


penghayatan jalan cerita: OUT / tak ikut mood citer.

penjiwaan watak: OUT / nampak sangat buat2.

mimic muka: OUT / tak real / nampak sgt berlakon.

skrip: OUT / macam copy paste dari buku teks alam & manusia darjah 5.

err…asalnya bukan nak citer psl pelakon malaysia pun..

tak berbaloi..tp takleh tahan nak kritik jgk..huhu


ok.

di sebalik lakonan2 pelakon2 hollywood itu..

kita tau ke ape pendapat dan pendirian mereka tentang isu2 dunia….?

takyah tanya byk2la..kita focus terus pada isu skrg..

apa diorang pikiaq agaknya tentang ISLAM n JEWS…

Keanu Reaves - Harrison Ford - Sandra Bullock

Al Pacino - Dustin Hoffman - Ralph Fiennes

Tom Cruise - Anthony Hopkins

Will Smith - George Clooney - Angelina Jolie

credit to: Ashikin Abdullah

suke citer je..tak taksub dgn pelakonnya…huhu….




today is..

March 2009
M T W T F S S
« Jan   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

yg lepas2…


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.